Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

You can also receive Free Email Updates:

Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Thursday 16 August 2012

Gambar Di Facebook Tidak Boleh Dipadam Sepenuhnya



Korang tahu tak sebenarnya gambar didalam Facebook tidak boleh dipadam sepenuhnya? Biarpun korang sendiri yang upload gambar tersebut, gambar tu tetap akan  hidup walaupun gambar tu telah dipadam 2, 3 tahun yang lalu.

Sebenarnya fenomena ini telah disedari sejak tahun 2009 lagi, tapi aku je yang baru tahu hari ni. Ramai juga pengguna yang telah membuat aduan tentang perkara tersebut, tetapi sehingga kini masih tiada tindakan atau jalan penyelesaian yang diberikan oleh pihak Facebook.

Jadi untuk membuktikan kenyataan diatas adalah benar, sila ikut contoh dibawah :

1. Upload mana-mana gambar didalam Facebook korang,
2. Buka gambar yang korang upload tadi, lepas tu klik kanan pada gambar tu dan pilih "Copy Image URL",
3. Padam gambar yang korang upload tadi,
4. Last sekali pastekan link gambar yang korang copy tadi pada browser...

Kerana Sikap Manusia Haiwan Binasa (8 Gambar)


Tidak kira sama ada ini gambar palsu atau photoshop sekalipun, pada realitinya tetap sama dan kita semua harus terima, manusia merupakan makhluk yang diciptakan Allah S.W.T untuk menjaga dan melindungi bumi sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : " Dan (Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat : " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." (QS Al-Baqarah : 30).

Wednesday 15 August 2012

Bila Saka Cuba Dibuang Semua Gaya Pelik Keluar (Video)

Kalah cerita Exorcist......... tetapi pada awal video aku terLULZ pasal kelakar lak di menari-nari macam orang mabuk. Btw........ nice hat bros!

Cool - COPO Camaro Dalam Filem Transformers? (10 Gambar)

COPO Camaro ialah model terkini Chevy Camaro yang kita lebih kenali sebagai Bumblebee di dalam filem Transformers. Berbeza dengan Camaro 2012 yang biasa, COPO mempunyai kapasiti enjin yang lebih besar. Terdapat tiga variasi enjin 5.3 liter dengan Supercharger ataupun 7 liter V8 yang mampu menghasilkan sehingga 600 kuasa kuda. COPO Camaro dihasilkan hanya untuk perlumbagaan drag racing dan hanya 69 akan dihasilkan. Ini adalah kerana COPO Camaro asal mula dihasilkan pada tahun 1969. Sungguhpun dijual pada harga serendah USD 89 000 (RM 227 000) sebuah, anda perlu memasukkan nama anda dalam cabutan bertuah untuk berpeluang membeli kereta ini.


Tuesday 14 August 2012

Cool - Kapal Besar Yang Melintasi Terusan Sempit (15 Gambar)


Sebuah kapal besar yang cuba melintasi terusan diantara teluk Corinth dan Saronic yang bersambung di laut Aegean. Tujuannya melalui terusan ini adalah untuk memendekkan jarak perjalanan sebanyak 700 km untuk sampai ke destinasi, namun ianya mustahil untuk kapal besar melaluinya kerana kedalaman terusan ini hanyalah 7.3 meter serta sempit dan hanya ada satu cara untuk melalui terusan yang sempit ini iaitu dengan cara menunda kapal tersebut dengan menggunakan bot tunda.


Lagi 14 Gambar CooL  Kapal Besar Yang Melintasi Terusan Sempit baca entri ni sepenuhnya

Cute : Awek Cun Berwajah Seperti Anak Patung (29 Gambar)


Gadis ini bernama Dakota Rose aka KotaKoti, yang memiliki rupa paras sedikit sebanyak seperti anak patung, tapi tak semua, cuma ada beberapa je yang nampak betul-betul macam anak patung. Itu pada pandangan aku je la, korang aku tak tau lak camne. Bila dah tengok banyak kali naek darah panas pulak dibuatnya leh tergugat imanku, kehekeh, al maklumlah, akukan lelaki normal... Huahuhahaa


Lagi 28 gambar Awek Cun Berwajah Seperti Anak Patung baca entri ni sepenuhnya.

Serius : Bila Selebriti Wanita Hollywood Terkenal Bermisai Dan Berjanggut (27 Gambar)


Macam hampeh, geli geleman lak bila tengok pompuan bermisai dan berjanggut,
Siap ada bulu-bulu lagi tu... kehkehkeh


Lagi 26 gambar menarik Selebriti Wanita Hollywood Terkenal Bermisai Dan Berjanggut baca entri ni  

OMG : Kanak-Kanak 6 Tahun Memerlukan Beras 14KG Seminggu ! (5 Gambar)


Kanak-kanak ini bernama Suman Khatun yang berasal dari India, dan berat kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun ini hampir mencecah 91.2 KG ! Beliau juga digelar sebagai kanak-kanak tergemuk di dunia. Namun kanak-kanak ini dijangka akan meninggal dunia lebih awal akibat serangan jantung dek kerana berat badannya yang melebihi had, kata doktor yang merawatnya, Subodh Bandyopadhyay.



Nafsu makan Suman sememangnya luar biasa kerana setiap kali tidak mendapat makanan apabila lapar, kanak-kanak ini akan marah dan menangis berguling-guling diatas lantai malah sanggup memakan lumpur !

Lagi 4 gambar Kanak-Kanak 6 Tahun Memerlukan Beras 14KG Seminggu dengan baca entry ni

Oh! Gambar Hantu Paling Seram Di Malaysia Diambil Secara Tidak Sengaja (12 Gambar)

Hantu merupakan satu istilah turun-temurun yang diberikan kepada iblis dan syaitan yang menyerupai satu objek yang menyeramkan untuk menakutkan dan menghasut manusia. Seperti kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah, hantu tidak wujud kerana apa yang wujud hanyalah jin dan syaitan seperti yang tertulis di dalam Al-Quran. Apapun berikut adalah koleksi 12 hantu yang tidak dicari tetapi kelihatan secara tidak sengaja di dalam gambar yang diambil.

1. Hantu Kereta Remuk


Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, terlihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian ini dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.

Monday 13 August 2012

Angan-Angan Menjadi Kenyataan


Dibawah merupakan gambar seorang lelaki dari Guatemala dimana beliau gemar membuat pingat palsu dan berimaginasi bahawa suatu hari nanti beliau akan menjadi seorang atlet yang berjaya dan memenagi sebuah pingat yang sebenar.


Thursday 9 August 2012

Nafsu Lelaki VS Nafsu Perempuan?Jangan Seksa Lelaki



Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.

Sunday 5 August 2012

Serius : Wajah PALING MENGERIKAN !


Serius korang akan terkejut tengok wajah dibawah ! Aku nasihatkan korang jangan tengok kalau LEMAH SEMANGAT, dan JANGAN MENYESAL SEUMUR HIDUP ! Aku dah bagi nasihat, jangan salahkan sambal belacan kalau tak pedas. Lihatlah dengan penuh saspen...


Sadis : Gambar Menyentuh Hati Sepasang Burung (6 Gambar)


Dikatakan berjuta-juta manusia menangis selepas melihat gambar ini di Amerika dan Eropah tidak ketinggalan juga di Asia apabila gambar ini disiarkan akhbar-akhbar tempatan. Ianya merupakan gambar yang menyentuh perasaan mengenai sepasang burung tersebut.


Gambar 1 - Burung betina ini mengalami kecederaan yang boleh mengakibatkan maut selepas ia dilanggar oleh sebuah kereta akibat terbang dalam ketinggian yang rendah.

Info : Tokey Kurma No.1, Datuk Yusof Taiyoob (4 Gambar)


Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusof Taiyoob bukan? ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.

Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyka wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas (Pulau Pinang). yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah amat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang amat serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk.

Wednesday 1 August 2012

Cinta Tiga Segi Perangkap Cinta - By Amin Stress


Perkara yang anda perlu tahu sebelum membaca entri ini:

- Arwah yang dimaksudkan nanti sama sekali BUKAN Allayarham Hazwan Wafiy Abu Hassan, pelajar SMKAB seperti yang tersebar di internet. Ini Hazwan lain!
- Entri yang akan Amin tulis ini masih tidak tahu kesahihannya. Apa yang Amin tulis adalah melalui fakta yang ada di Internet. Anda dinasihati tidak terus percaya sebaliknya baca semua komen yang ditulis oleh pembaca di bawah entri ini. Mungkin anda akan dapat sesuatu yang benar. Adili’lah sendiri. Allahualam.

Suara peninggalan Allayarham Hazwan.. Alfatihah!





Alkisahnya, pasti korang semua dah tahu pasal lagu ni kan?. Ramai yang bagitahu lagu ni best gila dan dinyanyikan oleh seorang banduan bernama Hazwan sehari sebelum dia mati di tali gantung. Dengar setiap bit bit lagu ni, betul-betul membuatkan hati terasa something yang sukar nak diluahkan. Syahdu sangat lagi-lagi jika dikenang memang betul itu lagu yang dinyanyikan seorang banduan sebagai permintaan terakhir. Cuba korang selami hati seorang Hazwan yang menjadi mangsa pendustaan sebuah cinta. Dari sedikit research yang Amin buat, begini ceritanya.

Arwah Hazwan ni bercinta dengan seorang gadis. Sedang asyik mereka bercinta, Ex-boyfriend gadis tersebut telah merayu untuk kembali kepada gadis tu. Si gadis ni jadi serba-salah and of coz, dah tentu dia masih ada rasa sayang pada ex-boyfriend dia tu. So si gadis ni buat keputusan untuk memilih lelaki tersebut dan meninggalkan Hazwan. Dek kerana rasa frust (ini dinamakan cinta sejati), Hazwan sanggup membunuh lelaki tersebut dan satu lagi fakta yang Amin jumpa, dia turut membunuh ex-girlfriend dia tu. How sad. Sanggup membunuh kerana cinta. How damn’nya menjadi seorang gadis yang buta menilai cinta seorang lelaki seperti Hazwan. Ya, Cinta sejati seorang lelaki. Lelaki yang sebenar. Hazwan telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Semasa di penjara, sehari sebelum dia digantung, pegawai penjara bertanya ape permintaan terakhir sebelum mati. Hazwan hanya mahukan sebuah gitar dan pita rakaman untuk merakamkan lagu perangkap cinta ini dan dia suruh pegawai penjara tu untuk sebarkan lagu ni especially kepada ex-girlfriend dia (kalau x mati dibunuh). Ada lagi fakta yang kata kawan-kawan si arwah yang datang ke penjara untuk merakamkan lagu ni. Allahualam. Apa pun, semoga arwah Hazwan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Jikalau’lah gadis itu masih hidup (jika fakta tu salah), Amin nak dia tahu yang dialah insan paling zalim dalam dunia ni. Tolonglah, hargailah cinta seorang lelaki.

Kreatif - Seni Jalanan Pulau Pinang Oleh Ernest Zacharevic (10 Gambar)

Kalau anda ke pulau pinang anda boleh melihat 4 seni jalanan oleh Ernest Zacharevic. Beliau seorang pelukis yang berasal dari Lithuania . Beliau sudah menghasilkan 4 seni jalalan di Chew Jetty, Armenian Street, Muntrie Street dan satu lagi lokasi yang kami masih belum pasti. Ernest akan menghasilkan 20 seni jalanan sekitar George Town dan kami masih menanti beliau menghabiskan kesemuanya, Kepada orang Penang sila ambik gambar bersama seni jalanan beliau dan kalau jumpa yang baru habaq mai sama cheq.

Serius : Sekolah Di Afghanistan (18 Gambar)


Di Malaysia anak-anak berumuar dari 7-17 tahun wajib menghadiri sekolah. Ini bagi memastikan mereka mempunyai asas yang cukup untuk at least get a job. Kadar kecelikan membaca di Malaysia ialah melebihi 98% bagi remaja diantara 15-24 tahun. Sistem persekolahan Malaysia walaupun tidak perfect kerana terlalu fokus kepada regurgitasi fakta masih boleh dikira berjaya dari segi ini. Sungguhpun begitu masih ada anak muda yang ponteng sekolah setiap hari. Ada sahaja alasan diberikan seperti bosan ataupun memang malas tahap keldai mendak.

Tidakkah mereka sedari betapa beruntungnya mereka jika dibandingkan dengan kanak-kanak dan remaja dari dunia ketiga?

Mari kita ke Kabul dan melawat sebuah sekolah yang dibuka selepas kejatuhan rejim bathil Taliban. Ketika Taliban memerintah sekolah hanya dibuka untuk orang lelaki. Kaum hawa diharamkan ke sekolah kerana katanya haram perempuan keluar rumah tanpa muhrim. Akibatnya anak gadis disekolahkan secara rahasia oleh ibu bapa yang tidak jumud macam Taliban al Bathil! Kepada yang tidak bernasib baik. mereka akan dikahwinkan kerana itu sahaja fungsi wanita di mata mereka. Kahwin dan buat anak. Tidak mengejutkan kadar perkahwinan dikalangan gadis bawah 15 tahun amat tinggi di Afghanistan. Lebih tinggi dari peratusan perkahwinan bawah umur di FELDA Pahang. Ha ha ha!

Anyway sekolah di bawah dibina oleh kerajaan Afghanistan dengan bantuan wang Amerika Syarikat. Sekolah kecil ini mempunyai 1900 orang pelajar yang menghadiri 2 sesi persekolahan. Terdapat 1200 pelajar lelaki dan 700 pelajar perempuan. Walaupun on paper ianya sekolah campur, pelajar lelaki dan wanita tidak memasuki kelas yang sama kerana mereka masih percaya kepada sistem pengasingan jantina. Kerana sekolah ini kecil, ada kelas yang terpaksa diletakkan di kaki lima diantara bilik darjah yang lain. Sekolah ini walaupun baru dibina masih nampak tidak setaraf dengan sekolah yang ada di Malaysia.

Kenapa kami katakan begini? Cuba tengok elok-elok. Perasan tak sesuatu yang tak kena? Sekolah ini tiada bekalan elektrik maupun air. Ianya hanya bangunan batu dengan tingkap dan pintu. Kalau panas pastinya pelajar dan guru kepanasan. Pada musim sejuk pula beku macam The Fist of First Men! 

Yang menakjubkan ialah walaupun boleh dianggap dhaif mengikut standard kita, sekolah ini tidak mengalami masalah ponteng dikalangan pelajarnya. Malahan mereka terpaksa menghadkan jumlah murid. Anak-anak muda Afghanistan menyedari bahawa jalan terbaik untuk memperbaiki nasib mereka dan keluarga ialah dengan mendapatkan persekolahan yang baik. Bukan masuk akademi nyanyian Astro seperti di Malaysia. Persekolahan juga memastikan Afghanistan boleh membina semula negara mereka yang musnah akibat peperangan yang sudah masuk abad yang kedua!

Sekolah di Afghanistan juga unik kerana penggunaan empat bahasa iaitu Pashtu, Arab, Dari dan Inggeris . Oh dan tahukah anda kerjaya sebagai guru ialah antara yang paling dihormati dan lumayan di sini? Gaji seorang cikgu mencecah USD200 (RM 625) sebulan dan ini setanding dengan gaji seorang doktor di Kabul! 

See there? Di negara yang hancur musnah akibat peperangan, guru dihormati dan dibayar setimpal. Kami berharap Afghanistan akan bangkit seperti Phoenix. Sudah tiba masanya negara ini maju dan tidak dibelenggu peperangan dan extremism.

Fakta : Kesan Buruk Guna Laptop Tanpa Bateri


Kebanyakan orang bersetuju bahawa menggunakan leptop sambil menge'charge' bateri akan membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan lama kelamaan akan merosakkan bateri. Tetapi segelintir pakar mengatakan bahawa menggunakan laptop secara langsung tanpa mengunakan bateri sebaliknya berpotensi merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.

Sebenarnya kedua-dua pendapat ini tidak salah, tertapi perlu diketahui bahawa menggunakan laptop tanpa menggunakan bateri yang dihubungkan terus ke soket elektri adalah lebih teruk kesannya.

Serius : Ubah Jantina Lelaki Kepada Perempuan Sebelum Dan Selepas Pembedahan #2 (13 Gambar)


Lelaki Kepada Perempuan?

Sebelum ini kami ada paparkan seorang atlit wanita Jerman yang melakukan pembedahan perubahan jantina menjadi lelaki. Hari ini mari kita melihat perubahan seroang lelaki menjadi wanita melalui rawatan hormon. Pengguna youtube bernama Jesslyngirl87 melakukan rawatan hormon selama 2 tahun dan perubahan badan beliau dari seorang lelaki sasa menjadi awek amat menakjubkan. Kini beliau kelihatan mirip Gillian Anderson. Sila lihat perubahan mendadak beliau dibawah. Unbelievable!

Kaki Stress !

Copyright @ 2013 AminStress - Stress Beb!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press