Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

You can also receive Free Email Updates:

Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Wednesday 1 August 2012

Serius : Sekolah Di Afghanistan (18 Gambar)


Di Malaysia anak-anak berumuar dari 7-17 tahun wajib menghadiri sekolah. Ini bagi memastikan mereka mempunyai asas yang cukup untuk at least get a job. Kadar kecelikan membaca di Malaysia ialah melebihi 98% bagi remaja diantara 15-24 tahun. Sistem persekolahan Malaysia walaupun tidak perfect kerana terlalu fokus kepada regurgitasi fakta masih boleh dikira berjaya dari segi ini. Sungguhpun begitu masih ada anak muda yang ponteng sekolah setiap hari. Ada sahaja alasan diberikan seperti bosan ataupun memang malas tahap keldai mendak.

Tidakkah mereka sedari betapa beruntungnya mereka jika dibandingkan dengan kanak-kanak dan remaja dari dunia ketiga?

Mari kita ke Kabul dan melawat sebuah sekolah yang dibuka selepas kejatuhan rejim bathil Taliban. Ketika Taliban memerintah sekolah hanya dibuka untuk orang lelaki. Kaum hawa diharamkan ke sekolah kerana katanya haram perempuan keluar rumah tanpa muhrim. Akibatnya anak gadis disekolahkan secara rahasia oleh ibu bapa yang tidak jumud macam Taliban al Bathil! Kepada yang tidak bernasib baik. mereka akan dikahwinkan kerana itu sahaja fungsi wanita di mata mereka. Kahwin dan buat anak. Tidak mengejutkan kadar perkahwinan dikalangan gadis bawah 15 tahun amat tinggi di Afghanistan. Lebih tinggi dari peratusan perkahwinan bawah umur di FELDA Pahang. Ha ha ha!

Anyway sekolah di bawah dibina oleh kerajaan Afghanistan dengan bantuan wang Amerika Syarikat. Sekolah kecil ini mempunyai 1900 orang pelajar yang menghadiri 2 sesi persekolahan. Terdapat 1200 pelajar lelaki dan 700 pelajar perempuan. Walaupun on paper ianya sekolah campur, pelajar lelaki dan wanita tidak memasuki kelas yang sama kerana mereka masih percaya kepada sistem pengasingan jantina. Kerana sekolah ini kecil, ada kelas yang terpaksa diletakkan di kaki lima diantara bilik darjah yang lain. Sekolah ini walaupun baru dibina masih nampak tidak setaraf dengan sekolah yang ada di Malaysia.

Kenapa kami katakan begini? Cuba tengok elok-elok. Perasan tak sesuatu yang tak kena? Sekolah ini tiada bekalan elektrik maupun air. Ianya hanya bangunan batu dengan tingkap dan pintu. Kalau panas pastinya pelajar dan guru kepanasan. Pada musim sejuk pula beku macam The Fist of First Men! 

Yang menakjubkan ialah walaupun boleh dianggap dhaif mengikut standard kita, sekolah ini tidak mengalami masalah ponteng dikalangan pelajarnya. Malahan mereka terpaksa menghadkan jumlah murid. Anak-anak muda Afghanistan menyedari bahawa jalan terbaik untuk memperbaiki nasib mereka dan keluarga ialah dengan mendapatkan persekolahan yang baik. Bukan masuk akademi nyanyian Astro seperti di Malaysia. Persekolahan juga memastikan Afghanistan boleh membina semula negara mereka yang musnah akibat peperangan yang sudah masuk abad yang kedua!

Sekolah di Afghanistan juga unik kerana penggunaan empat bahasa iaitu Pashtu, Arab, Dari dan Inggeris . Oh dan tahukah anda kerjaya sebagai guru ialah antara yang paling dihormati dan lumayan di sini? Gaji seorang cikgu mencecah USD200 (RM 625) sebulan dan ini setanding dengan gaji seorang doktor di Kabul! 

See there? Di negara yang hancur musnah akibat peperangan, guru dihormati dan dibayar setimpal. Kami berharap Afghanistan akan bangkit seperti Phoenix. Sudah tiba masanya negara ini maju dan tidak dibelenggu peperangan dan extremism.






Share it Please

KA!

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

Kaki Stress !

Copyright @ 2013 AminStress - Stress Beb!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press