Showing posts with label Stress Info. Show all posts
Showing posts with label Stress Info. Show all posts
Thursday, 16 August 2012
Gambar Di Facebook Tidak Boleh Dipadam Sepenuhnya
Korang tahu tak sebenarnya gambar didalam Facebook tidak boleh dipadam sepenuhnya? Biarpun korang sendiri yang upload gambar tersebut, gambar tu tetap akan hidup walaupun gambar tu telah dipadam 2, 3 tahun yang lalu.
Sebenarnya fenomena ini telah disedari sejak tahun 2009 lagi, tapi aku je yang baru tahu hari ni. Ramai juga pengguna yang telah membuat aduan tentang perkara tersebut, tetapi sehingga kini masih tiada tindakan atau jalan penyelesaian yang diberikan oleh pihak Facebook.
Jadi untuk membuktikan kenyataan diatas adalah benar, sila ikut contoh dibawah :
1. Upload mana-mana gambar didalam Facebook korang,
2. Buka gambar yang korang upload tadi, lepas tu klik kanan pada gambar tu dan pilih "Copy Image URL",
3. Padam gambar yang korang upload tadi,
4. Last sekali pastekan link gambar yang korang copy tadi pada browser...
Sunday, 5 August 2012
Info : Tokey Kurma No.1, Datuk Yusof Taiyoob (4 Gambar)
Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusof Taiyoob bukan? ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.
Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyka wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas (Pulau Pinang). yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah amat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang amat serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk.
Subscribe to:
Posts (Atom)


