Hantu merupakan satu istilah turun-temurun yang diberikan kepada iblis dan syaitan yang menyerupai satu objek yang menyeramkan untuk menakutkan dan menghasut manusia. Seperti kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah, hantu tidak wujud kerana apa yang wujud hanyalah jin dan syaitan seperti yang tertulis di dalam Al-Quran. Apapun berikut adalah koleksi 12 hantu yang tidak dicari tetapi kelihatan secara tidak sengaja di dalam gambar yang diambil.
1. Hantu Kereta Remuk
Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, terlihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian ini dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.


