Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

You can also receive Free Email Updates:

Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Tuesday, 31 July 2012

Cool - Sekolah Dengan Bilik Darjah Tanpa Dinding Di Sweden (10 Gambar)


Idea baru untuk millenium baru...

Bangunan sekolah selalunya bosan dan sangat suram. When I was in school we painted the walls of our classroom light yellow and the doors red pasal bosan dengan kaler default yang sedia ada. It was awesome dapat customise warna bilik darjah sendiri. I always wonder how school would look like if it was designed by a designer yang lebih pentingkan keceriaan dari function.

Anyways dibawah ialah Vittra Telefonplan, sebuah sekolah di Stockholm. Sekolah ini direka dengan prinsip kelas tanpa dinding. Ruangan pembelajaran terbuka dan kelas boleh dijalankan dimana-mana didalam 5 zon khas yang diberi nama The Cave, The Lab, The Camp Fire, The Watering Hole dan The Show Off. Setiap satunya mempunyai tema tersendiri.

I love this! Tahukah anda pada zaman Victoria dulu para tenaga pengajar percaya kelas tidak boleh mempunyai tingkap dan tiada sistem pemanasan. Masyarakat Victoria percaya student akan belajar dengan lebih baik jika mereka sejuk dan tiada distraction dari luar. That was then and now we know this is all bullshit. Sweden paved the way and showed us the future of education. Diharap sekolah di Malaysia can pick up this cool idea.

Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah


Allah! Manlytears

Semoga.................. diberi balasan syurga. Anak yang sangat......soleh
Serius - Gambar Paling Menginsafkan Ramadan Ini

Monday, 30 July 2012

Cool - Robot Gundam Sebenar Di Tokyo! (16 Gambar)

Rakan-rakan sekalian bergembiralah. Hari yang dinantikan semua peminat Gundam. Macross, Evangelion dan PatLabor kini menjadi realiti. Sebuah robot yang boleh dipandu manusia sudah dihasilkan. Impian kita menjadi jurupandu robot semasa berumur 8 tahun dahulu kini boleh menjadi realiti asalkan anda mampu membayar USD 900 000 untuk sebuah Kuratas. Kuratas ialah nama robot empat tayar yang dihasilkan oleh Suidobashi Heavy Industry yang berpengkalan di Tokyo. Ianya direka oleh Wataru Yoshizaki dan Kogoro Kurata dan robot ini boleh dipandu secara manual dari kokpit atau menggunakan sebuah iPhone secara tambatan 3G. Wataru Yoshizaki dan Kogoro Kurata sudah membina Kuratas sejak tahun 2010 lagi dan dipertontonkan kepada orang ramai ketika Wondercon semalam.Robot ini mempunyai ketinggian 4 meter , lebar 3 meter dan berat 4500 kilogram! Sangat awesome. Now all we need is Aliens to test Kuratas weapon system!

Stress Lol - Janji Ditepati : Edisi Rakyat


Sudah ada parodi!

Lagu Janji Ditepati untuk Merdeka 55 muncul di Youtube hujung minggu lalu. Setakat ini video Youtube tersebut merima ribuan dislike dan komen yang ditinggalkan rakyat hampir 80% negatif. Dibawah ialah sebuah video parodi Janji Ditepati yang kami temui sabtu lalu. Mesej yang disampaikan lebih real dan ganas, Video ini menerima paling banyak reaksi positif dan likes. And setuju dengan pendapat Youtubers Malaysia yang lain?


Sunday, 29 July 2012

Serius : Cerita Sedih Yang Menyakitkan Kaki



Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka bertiga pun bersiap untuk pulang ke rumah.

Setelah sampai dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya bekalan elektrik tiada dan lif tidak berfungsi.

si A : Macamana ni beb? Rumah kita kat atas sekali...

si B : Aduhhhh pening kepala, nak naik tangga larat ke..?

si C : Aku rasa baik kita naik tangga aje, kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

si A : Aku ada satu idea, kita naik tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa, jadi biar kita serius bila bercerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita.

Cool - Taman Mini One Piece Di Odaiba Jepun (17 Gambar)


AminStreSs(AS) tak baca manga atau nonton anime One Piece tapi kami diberitahu bahawa komik Lagenda Budak Getah adalah sangat famous di Malaysia dan Jepang. Lagenda Budak Getah dan Naruto ialah dua manga yang dibaca oleh orang ramai sekarang. AS dah stop baca manga selepas komik Vagabond Takehiko Inoue usai ceritanya.

Memandangkan komik Lagenda Budak Getah femes apa kata AS paparkan taman tema mininya di Odaiba Jepun. Taman tema mini mempunyai replica Puteri Shirahoshi berskala sebenar setinggi 50 kaki! Anda boleh main gelongsong di atas ekor puteri duyung ini. Selain itu anda boleh juga bergambar dengan patung skala sebenar Monkey De Luffy and Co. Taman Puteri Shirahoshi ini dibuka dari bulan ini hingga 14 September. Silalah ke Odaiba jika anda seorang peminat komik One Piece.

Saturday, 28 July 2012

Cute - Nozomi Sasaki Awek Iklan Gula-Gula Getah (16 Gambar)

Nozomi Sasaki ialah model comel yang berlakon di dalam iklan gula-gula getah WTF baru-baru ini. Beliau merupakan seorang model Gravure yang dilahirkan di Akita pada tahun 1988. Lagu aneh yang anda dengar di dalam iklan hari tu ialah Kamu tu Funyan. So there you go., Mystery solved. Sila enjoice kekawaiian Nozomi Sasaki. Pada sudut tertentu ada iras-iras Faezah Elai. Agree?



16 gambar  Nozomi Sasaki yang cute baca entry ni sepenuhnya.

Lagi Selebriti : Gwen Stacy Sudah Gemok (6 Gambar)

Bryce Dallas Howard, pelakon yang melakonkan watak Gwen Stacy di dalam francais Spiderman asal kini sudah gemok. Bryce menjadi gemok selepas melahirkan anak beliau Januari lalu. Sangat sadis melihat "Gwen" yang hot kini nampak seperti bebola daging IKEA.

Serius Ngeri : Mati Kemalangan Selepas Update Status Facebook

Jangan terlalu fanatik Facebook!



Taylor Sauer (18) ialah seorang pelajar Universiti Utah. Tahun lalu beliau meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya mencium bontot lori pada kelajuan 130 kmj. Kemalangan ini mungkin boleh dielakkan sekiranya beliau tidak asyik mengupdate status Facebook beliau ketika memandu. Menurut laporan MSNBC, beberapa minit sebelum kemalangan beliau sempat menulis status Facebook yang berbunyi;

Kikuo Ibe : Bapa Jam Tangan G-Shock by Amin StreSs


Semasa kami masih bersekolah dahulu jam tangan yang paling legendary ialah Casio G-Shock. Semua orang yang merasakan diri mereka cool beans akan memakai jam tangan tahan lasak ini ke sekolah. Jam tangan ini sangatlah tahan lasak sehingga ada student yang menggunakannya untuk menjadi buku lima bila bergaduh diluar sekolah. Tidak seperti belat buckle besi besar gedabak, G-Shock tidak pernah diharamkan dan ianya menjadi senjata impromptu kegemaran budak pailang. Heh.. Pailang...... I haven't used that word since I was 15.

Tahukah anda jam tangan ini mula dijual pada tahun 1983. Model pertama yang dihasilkan Casio ialah DW-5000 dan semenjak itu lebih 50 000 000 utas jam tangan berjenama G-Shock telah terjual.


Individu yang bertanggungjawab menghasilkan jam ini ialah Kikuo Ibe. Menurut Kikuo G-Shock tercipta kerana beliau bosan dengan masalah jam milik beliau yang cepat rosak apabila terjatuh. Beliau yang pada ketika itu bekerja dengan Casio terus berfikir bagaimanakah cara untuk menghasilkan jam yang tahan lasak. Proses penyelidikan dan penghasilan G-Shock bermula pada tahun 1981 dan ianya diberi nama "Project Tough".



Pada awalnya Kikuo bercadang menggunakan binaan dalaman yang lebih tahan lasak daripada biasa didalam jam bagi memberikan ketahanan yang diperlukan. Tetapi dalam ujian awal dimana prototaip jam dijatuhkan pada ketinggian 10 meter jelas jalan penyelesaian ini tidak menhasilkan ketahanan yang memuaskan.

Penyelesaian terhadap masalah bagaimana menghasilkan jam tangan yang tahan lasak akhirnya dijumpai secara tidak sengaja. Beliau mendapat ilham apabila melihat bagaiman bebola getah mengajal selepas terjatuh. Prototaip dihasilkan dan ianya mampu memenuhi keperluan TRIPLE TEN yang dikehendakki Kikuo Ibe dan pasukan Project Tough. Apakah itu Triple Ten?

1. Tahan jatuh dari 10 meter
2. Tahan tekanan air sehingga 10 bar
3. Bateri yang tahan sehingga 10 tahun

Jualan G-Shock benar-benar melonjak pada dekad 90-an apabila remaja memerlukan jam yang sesuai dengan kegilaan mereka dalam aktiviti sukan lasak. Menurut Kikuo Ibe, pihak Casio langsung tidak menyangka G-Shock boleh menjadi popular kerana ianya sebenarnya dijual dan dihasilkan untuk sektor pembinaan bukan untuk pasaran remaja. Bagi memenuhi keperluan peminat G-Shcok dari golongan wanita pula Casio mengeluarkan Baby-G pada tahun 1991

Kaki Stress !

Copyright @ 2013 AminStress - Stress Beb!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press