Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

You can also receive Free Email Updates:

Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Wednesday 1 August 2012

Cinta Tiga Segi Perangkap Cinta - By Amin Stress


Perkara yang anda perlu tahu sebelum membaca entri ini:

- Arwah yang dimaksudkan nanti sama sekali BUKAN Allayarham Hazwan Wafiy Abu Hassan, pelajar SMKAB seperti yang tersebar di internet. Ini Hazwan lain!
- Entri yang akan Amin tulis ini masih tidak tahu kesahihannya. Apa yang Amin tulis adalah melalui fakta yang ada di Internet. Anda dinasihati tidak terus percaya sebaliknya baca semua komen yang ditulis oleh pembaca di bawah entri ini. Mungkin anda akan dapat sesuatu yang benar. Adili’lah sendiri. Allahualam.

Suara peninggalan Allayarham Hazwan.. Alfatihah!





Alkisahnya, pasti korang semua dah tahu pasal lagu ni kan?. Ramai yang bagitahu lagu ni best gila dan dinyanyikan oleh seorang banduan bernama Hazwan sehari sebelum dia mati di tali gantung. Dengar setiap bit bit lagu ni, betul-betul membuatkan hati terasa something yang sukar nak diluahkan. Syahdu sangat lagi-lagi jika dikenang memang betul itu lagu yang dinyanyikan seorang banduan sebagai permintaan terakhir. Cuba korang selami hati seorang Hazwan yang menjadi mangsa pendustaan sebuah cinta. Dari sedikit research yang Amin buat, begini ceritanya.

Arwah Hazwan ni bercinta dengan seorang gadis. Sedang asyik mereka bercinta, Ex-boyfriend gadis tersebut telah merayu untuk kembali kepada gadis tu. Si gadis ni jadi serba-salah and of coz, dah tentu dia masih ada rasa sayang pada ex-boyfriend dia tu. So si gadis ni buat keputusan untuk memilih lelaki tersebut dan meninggalkan Hazwan. Dek kerana rasa frust (ini dinamakan cinta sejati), Hazwan sanggup membunuh lelaki tersebut dan satu lagi fakta yang Amin jumpa, dia turut membunuh ex-girlfriend dia tu. How sad. Sanggup membunuh kerana cinta. How damn’nya menjadi seorang gadis yang buta menilai cinta seorang lelaki seperti Hazwan. Ya, Cinta sejati seorang lelaki. Lelaki yang sebenar. Hazwan telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Semasa di penjara, sehari sebelum dia digantung, pegawai penjara bertanya ape permintaan terakhir sebelum mati. Hazwan hanya mahukan sebuah gitar dan pita rakaman untuk merakamkan lagu perangkap cinta ini dan dia suruh pegawai penjara tu untuk sebarkan lagu ni especially kepada ex-girlfriend dia (kalau x mati dibunuh). Ada lagi fakta yang kata kawan-kawan si arwah yang datang ke penjara untuk merakamkan lagu ni. Allahualam. Apa pun, semoga arwah Hazwan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Jikalau’lah gadis itu masih hidup (jika fakta tu salah), Amin nak dia tahu yang dialah insan paling zalim dalam dunia ni. Tolonglah, hargailah cinta seorang lelaki.


Kejadian ni mungkin baru lagi lebih kurang 4 atau 5 tahun yang lepas. So baru sekarang semakin tersebar secara meluas. Nengok kat Youtube, sampai gaduh-gaduh. Masing-masing cuba mempertahankan fakta sendiri. Nasib baik dalam internet, kalau tidak masing-masing dah tercabut rambut. Come on la, macam budak-budak kecik. Dengar aje lagu ni sudey.

So siapa yang tahu dan yakin fakta anda tu betul, share’lah di sini. Amin memang stress teringin sangat nak tahu. Link download ada kat atas tu ye.. Lirik dan Guitar Chord pula, sila usya di bahagian komen. Jangan buat-buat tak nampak plak. Hihi..

Fakta Lain
- Mereka clash seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Mean putus tunang le ni. Mana tak frust dek oi!!
- Allayarham, Hazwan Wafiy bin Abu Hassan langsung tiada kena mengena dalam cerita yang masih diragui ini. Ini Hazwan lain!

Update: 17 march 0945PM
- Dari komen seorang user, dia cakap yang Allayarham Hazwan Wafiy meninggal kerana sakit jantung. Bukan kerana tali gantung. Dan Allayarham Hazwan tiada langsung kene mengena dengan lagu ini. Ini Hazwan lain! Insafi jika sebelum ini anda menganggap arwah Hazwan Wafiy terlibat dalam kisah ini.
- Ada komen lain mengatakan ini lagu dari kumpulan Strategy (kumpulan yang tidak berapa dikenali).
- Komen dari seorang bekas pelajar SMKAB dan bekas rakan sekelas Allayarham Hazwan Wafiy cukup membuktikan arwah tiada kena mengena dalam cerita ini. Allayarham Hazwan meninggal dunia kerana sakit jantung dan tidak pernah dimasukkan ke dalam penjara. Ternyata, ini Hazwan lain!
- komen dari Aie mengatakan ini adalah lagu miliknya Aie (dirinya sendiri) yang dicipta pada tahun 1998 ketika berusia 13 tahun. Agak meragukan budak 13 tahun mampu cipta lirik sebegini. Namun, siapa tahu?
- Errr, siapa pula Norzi Ayu? ape kena mengena Norzi Ayu dalam kisah sadis ini? sila google Norzi Ayu sekarang.

Update: 29 march 0645PM
- Hah, update kali ni lagi best. Ada komen dari pembaca yang mengatakan dia ada menonton video pembunuhan si Hazwan ni. Video di mana seorang wanita dipukul beramai-ramai sampai mati. Apapun video tersebut amatlah meragukan buat Amin. Tiada langsung bukti-bukti yang membuktikan kesahihannya. Apa yang kena mengena pun hanyalah background music untuk pembunuhan itu adalah lagu cinta tiga segi ni. Video ada untuk korang download dan nilaikan sendiri. Disarankan untuk mereka yang lemah semangat atau tak suka kekejaman lagi-lagi terhadap kaum wanita, adalah lebih baik korang x payah download. Paham?
Download Video Pembunuhan Hazwan Cinta Tiga Segi – orang sudey download taw!

Update: Video ini telah disahkan bukan video pembunuhan yang berlaku di Malaysia.


Psstt: Pihak AminStreSs memohon seribu kemaafan dari keluarga dan sahabat handai Allayarham Hazwan Wafiy Abu Hassan, kerana sebelum ini telah melibatkan arwah dalam penceritaan kisah banduan ini. Sesungguhnya Allayarham langsung tidak terlibat dengan cerita ini. Ini Hazwan lain!

Kepada yang suka copy paste entri di  AminStreSs , silalah berikan backlink or credit. Tak baik curi hasil tulisan orang lain. Tuhan nampak tu..

Oh ya, jika berminat untuk bertukar banner di blog Amin? Sila lihat pada bahagian atas ada tulisan "BANNER". Then korang klik kat situ pastu isi ruangan komen dibawah..jangan segan-segan letak banner buruk AminStreSs.
Free Bonus!!
Untuk mendownload lagu Trilogi Cinta Tiga Segi nyanyian Saleem Iklim, sila ke sini!!

Video Menarik: Cinta Tiga Segi (Horror Version)
Share it Please

KA!

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

1 comments:

  1. Salam. Err..cerita ni dah lama kan amin? bukan ke SALEEM nyanyi semula lagu ni?

    Ke yg SALEEM nyanyi tu kes lain? heh, tpi jalan cerita lebih kurg je, hehehe

    ReplyDelete

Kaki Stress !

Copyright @ 2013 AminStress - Stress Beb!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press