Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

You can also receive Free Email Updates:

Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Tuesday, 14 August 2012

Oh! Gambar Hantu Paling Seram Di Malaysia Diambil Secara Tidak Sengaja (12 Gambar)

Hantu merupakan satu istilah turun-temurun yang diberikan kepada iblis dan syaitan yang menyerupai satu objek yang menyeramkan untuk menakutkan dan menghasut manusia. Seperti kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah, hantu tidak wujud kerana apa yang wujud hanyalah jin dan syaitan seperti yang tertulis di dalam Al-Quran. Apapun berikut adalah koleksi 12 hantu yang tidak dicari tetapi kelihatan secara tidak sengaja di dalam gambar yang diambil.

1. Hantu Kereta Remuk


Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, terlihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian ini dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.


2. Hantu Budak Cina Tol Plaza


Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahu 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tentang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya.

3. Batu Nisan Menjeguk Di Tingkap


Cuba perhatikan di tepi tingkap terlihat jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat terkenal, Highland Towers.

4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan



Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.

6.Lembaga Putih Memegang Batu Nisan



Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oelh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.

7. Pocong Di Kawasan Kilang



Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.

8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada



Gambar ini juga terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.

9. Wanita Kebaya Merah



Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.

10. Penampakan Hantu Berambut Panjang




Gambar hantu ini di kirimkan melalui Facebook tidak lama dulu. Lokasi di ICity, Shah Alam. Tiada pula info disertakan bersama gambar ini. Tak dapat dipastikan adakan amoi  sama sibuk nak posing ke atau pun benar-benar penampakan hantu.

11. Penampakan Kepala di Tingkap



Penampakan kepala di luar melalui cermin tingkap. Situasi ini berlaku di restoran KFC. Kepala tersebut boleh dilihat jelas apabila gambar di zoom ke arah tingkap restoran itu.

12. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin



Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90'an. Betul atau tidak, Wallahu'alam.

Ada sesetengah cerita kita pernah dengar, ada juga yang tidak pernah lagi. Adakah cerita itu benar kesahihannya? Wallahu'alam.

P/S: SEBENARNYA BENDA-BENDA JELMAAN BEGINI LAGI BUAT DIRI KITA MENJADI TAKUT, LAGI SUKA MEREKA DIBUATNYA. JADI BUAT TAK TAHU AJE SUDAHLAH. DUNIA INI BUKAN MILIK MANUSIA SAHAJA KAN? BANYAK LAGI CIPTAAN ALLAH YANG LAIN DI ATASNYA.

KREDIT DIBERIKAN PADA ADMIN ASAL WEB KLIK-AJE : http://uwaisaminin.blogspot.com/
Share it Please

KA!

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

9 comments:

  1. bro gambar no.3 batu nisan ngah cari ape skodeng malamx2?
    cari tuan punya dia ke? muahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pic no 8 tu seram giler kot..

      Delete
    2. tau xpe..tg pic laen ok jew tang pic tu tetibe meremang lak bulu roma, huhu..

      Delete
  2. aslii smua'a ni gan???nnti ad yg di buat" haha

    ReplyDelete
  3. Pic no 12 tu seram gile kot...smpe msuk dlm mmpi aku seram siottttt.......

    ReplyDelete
  4. pic 8 tu hantu boleh gelak first time bergambar?
    hahahaha adoi...

    ReplyDelete
  5. ee.seramlah.tak di nafikan memang wujud makhluk halus.samada sedar atau tidak.

    ReplyDelete

Kaki Stress !

Copyright @ 2013 AminStress - Stress Beb!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press