Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

You can also receive Free Email Updates:

Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Thursday 19 July 2012

Cool : Bakteria Berusia 500 Juta Tahun Dihidupkan Semula Oleh Saintis (4 Gambar)



Sejenis bakteria yang berusia 500 juta tahun telah dibawa balik ke dalam sebuah makmal di Georgia Tech untuk dihidupkan semula. Gen daripada bakteria 'kuno' ini kemudiannya telah digabungkan ke dalam sejenis bakteria moden masa kini iaitu E. Coli.


Bakteria ini telah berkembang dengan pesat dan telah mula mencapai ke tahap 1,000 generasi semasa berada di dalam makmal. Para saintis yang mengkaji mengenai bakteria 'kuno' ini berharap untuk mengetahui sama ada ia akan berkembang dengan cara nya yang tersendiri pada suatu ketika dahulu atai ia akan berevolusi dan berkembang untuk menjadi organisma yang baru.

"Ini merupakan suatu penemuan yang sangat hambpir yang dapat kami jalankan untuk memutar kembali pita molekul," ujar Betul Kacar, seorang saintis dan astrobiologist NASA di Georgia Tech.

Bakteria ini mula bermutasi dengan pantas dan ada yang telah mula menjadi lebih kuat dan sihat daripada kuman yang sedia ada pada hari ini.


Keupayaan untuk mengkaji gen bakteria 'kuno' di dalam organisma moden memandangkan ia mampu berkembang di dalam sel yang moden membolehkan kami untuk menilai sama ada trajektor evolusi yang telah berlaku sekali dahulu mampu untuk berulang semula pada bakteria ini atau sama ada ia akan menyesuaikan diri nya di dalam persekitaran ini atau sama ada ia akan menyesuaikan diri nya di dalam persekitaran yang berlainan.

"Organisma yang telah diubah tidak lah sesihat mana, sekurang-kurangnya pada tempoh permulaan," ujar Gaucher lagi. Walaubagaimana pun, ia mampu mewujudkan satu senario yang sempurna di mana bakteria yang telah diubah secara genetik ini boleh menyesuaikan diri dan menjadi lebih kuat akibat sering bermutasi dengan persekitaran sekeliling saban hari.

Walaubagaimanapun, gen bakteria purba ini masih belum mapu untuk bermutasi menjadi sebuah bakteria yang merbahaya sebaliknya hanya menemui cara untuk menyesuaikan diri di dalam persekitaran yang baru ini.


Hasil keputusan kajian ini telah dibentangkan Persidangan Antarabangsa Sains Astrobiologi NASA baru-baru ini. Para saintis dijangka akan mempelajari sesuatu mengenai protein di dalam bakteria ini sama ada ia akan mengikut jejak langkah nya yang lampau atau menyesuaikan diri di dalam dunia serba baru ini.

"Kami jangka bahawa proses ini akan membolehkan kami menjawab beberapa persoalan yang telah lama wujud berkaitan biologi evolusi dan moleku," kata Kacar lagi.

Antaranya, kita mahu tahu sekiranya sejarah organisma mapu mengehadkan kemampuan di masa hadapan dan sekiranya proses evolusi mampu memberi penyelesaian kepada masalah yang diberikan.




Share it Please

KA!

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

Kaki Stress !

Copyright @ 2013 AminStress - Stress Beb!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press